MPU 2213 BAHASA KEBANGSAAN A

Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Tujuan kursus ini adalah untuk  meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan, aktiviti kebahasaan, main peranan  (role-play),  ujian dan peperiksaan. Pada

akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa secara lisan dan tulisan.