BCE2615 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
menjadi mata pelajaran wajib di peringkat rendah dan menengah, adalah wajar
Bahasa Melayu dikuasai dengan baik dari peringkat prasekolah lagi. Bahasa
Melayu digunakan secara merentas komponen dan dalam interaksi seharian. Oleh
itu penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir,
berinteraksi dan menyatakan fikiran dan perasaan. Selain itu, penguasaan
kemahiran Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang
betul dan bertatasusila.
Course creator: Dr Nor Siti Rokiah Abdul Razak (FSS)