MPU3143 Bahasa Melayu Komunikasi 2
Kursus ini melatih
pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi
situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan
penulisan bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan
dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran pelajar di
dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi
dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan.
Course creator: Palaniappan Periannan (FSS)